NADI Mahir Baiki Gajet Intake 3 (Minggu ke-15)-Operating System & Windows Software
22 April 2026 | Aktiviti TerkiniPada 21 April 2026, 1 orang peserta NADI Pekan Machan telah menyertai NADI Mahir Baiki Gajet pada pukul 3.00 petang hingga 4.30 petang iaitu mengenali Operating System dan Windows Software.
Kelas mahir baiki gajet minggu ini merupakan sesi pembelajaran yang memberi pendedahan kepada asas sistem operasi dan perisian komputer, khususnya Miscrosoft Windows.
Dalam kelas ini, peserta akan mempelajari fungsi sistem operasi, cara pemasangan (installation), konfigurasi asas, serta penyelenggaraan perisian. Selain itu, peserta turut didedahkan kepada teknik mengenal pasti dan menyelesaikan masalah (troubleshooting) berkaitan perisian yang sering berlaku pada komputer. Program ini bertujuan meningkatkan kemahiran teknikal peserta dalam membaiki dan menyelenggara gajet, serta memberi asas kukuh untuk memahami sistem komputer dengan lebih mendalam.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: